Kuala Lumpur, Nov.8 Decathlon Malaysia berbangga memperkenalkan kedai flagship terbaharu di Merdeka 118. sebuah destinasi yang menggabungkan keunikan warisan budaya Malaysia dengan semangat kesukanan dalam satu pengalaman yang istimewa.
Reka bentuk premis Merdeka 118 ini diinspirasikan daripada detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, apabila Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mengangkat tangan kanannya ketika melaungkan kemerdekaan. Detik bersejarah ini menjadi lambang kebebasan, perpaduan dan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Mengambil inspirasi daripada nilai sejarah lokasi berkenaan, kedai flagship Decathlon menampilkan sentuhan corak tradisional songket yang digabungkan dengan elemen reka bentuk moden. Pendekatan ini mencerminkan penghargaan terhadap identiti dan warisan budaya Malaysia, sekali gus menghubungkan keunikan seni tradisional dengan pengalaman sukan masa kini.

Di Decathlon, kami percaya bahawa sukan adalah untuk semua. Berteraskan empat nilai utama, iaitu Vitaliti, Kemurahan Hati. Tanggungjawab dan Keaslian, kami komited untuk menyatukan masyarakat, menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat serta memastikan sukan dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat Malaysia.
Dengan menawarkan produk dan perkhidmatan bagi lebih 60 jenis sukan, Decathlon menyediakan pelbagai pilihan pada harga berpatutan, di samping penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan setiap pengguna. Sama ada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia sukan mahupun atlet berpengalaman, setiap individu berpeluang meneroka, mencuba dan menikmati pelbagai aktiviti sukan mengikut minat masing-masing.
Lebih daripada sebuah destinasi membeli-belah, Decathlon Merdeka 118 menjadi ruang pertemuan antara warisan budaya Malaysia dengan dunia sukan moden. Kehadirannya mencerminkan aspirasi Decathlon untuk merapatkan hubungan komuniti serta menginspirasi lebih ramai rakyat Malaysia agar terus bergerak aktif, bersukan dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat serta bahagia.
Decathlon Merdeka 118, menyatukan budaya, menghidupkan semangat sukan dan membina komuniti yang lebih aktif.
Untuk maklumat lanjut, layari www.decathlon.my

