“Impian Bersinar dan Legenda Dijulang – Where Dreams Shine and Legends Rise”
KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2026 –
Kumpulan Public Gold meraikan pencapaian 35 Pemilik Perniagaan Public Gold (PGBO) yang cemerlang pada Majlis Pengiktirafan Diamond FY2025/26 yang berprestij, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Dengan nilai keseluruhan penghargaan berjumlah kira-kira RM2.5 juta, majlis bertemakan “Impian Bersinar dan Legenda Tercipta (Where Dreams Shine and Legends Rise)” itu mengiktiraf kecemerlangan keusahawanan, kepimpinan serta dedikasi para penerima.

Majlis tersebut dihadiri oleh Dato’ Seri Louis Ng, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, bersama Datin Seri Yvonne Lim, Pengarah Urusan Aurora Italia International Berhad. Pengiktirafan itu merangkumi lapan kategori anugerah, iaitu 5-Star Diamond, 5-Star Emerald, 5-Star Sapphire, 4-Star Sapphire, 4-Star Ruby, 3-Star Jade, 4-Star Pearl dan 3-Star Pearl, bagi meraikan para PGBO atas dedikasi serta kepimpinan yang berterusan dalam memacu kemajuan Public Gold.

Ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 2008, Public Gold kini telah berkembang menjadi sebuah kumpulan logam berharga antarabangsa dengan operasi merentasi Malaysia, Indonesia, Singapura, Dubai, United Kingdom, Hong Kong dan India, serta mempunyai keseluruhan 36 cawangan. Sejak penubuhannya, Public Gold telah mencatatkan hasil jualan terkumpul sebanyak RM29.5 bilion, dengan 98 tan emas dijual dan 62 tan emas dibeli balik, di samping memperluas pangkalan pelanggannya kepada 2.7 juta. Public Gold turut memperoleh pengiktirafan Guinness World Records bagi “Pemasangan ATM Emas Terbanyak” dengan 155 unit, dan sejak itu telah memperluas rangkaian ATM Emasnya kepada 183 unit.
Seiring dengan perkembangan perniagaannya, Public Gold telah menyalurkan insentif terkumpul berjumlah RM530 juta kepada para pemilik perniagaannya, mencerminkan komitmen berterusan Public Gold dalam menghargai kecemerlangan usahawannya. Komitmen ini terserlah pada Majlis Pengiktirafan Diamond (Diamond Recognition Ceremony), apabila penghargaan tertinggi dianugerahkan kepada individu dan pasangan yang mempamerkan kepimpinan serta prestasi cemerlang. Pengiktirafan tertinggi majlis tersebut, iaitu gelaran 5-Star Diamond, dianugerahkan kepada tiga pasangan cemerlang: Tuan Muhammad Syarifuddin Bin Mohd Jamil dan Puan Syamimi Nur Aqila Binti Awalludin; Tuan Muhammad Azam Amiri Bin Mohd Raffi dan Puan Raziatul Madiah Binti Osman; serta Dr. Mohd Syafiq Bin Roslan @ Ruslan dan Dr. Suhailah Binti Zaharudin.

Keberanian mengorak langkah dalam kerjaya baharu, melakar kejayaan pada usia muda dan menikmati lebih banyak masa bersama keluarga menjadi antara kisah inspirasi di sebalik kejayaan pasangan penerima. Perjalanan mereka membuktikan bahawa bidang keusahawanan mampu membuka ruang untuk merealisasikan impian dan membina kehidupan yang lebih bermakna. Sebagai penghargaan atas pencapaian cemerlang tersebut, setiap pasangan menerima ganjaran bernilai RM604,000, merangkumi Bonus Kepimpinan, Dana Banglo dan Dana Kereta Mewah, sekali gus menyuntik semangat kepada usahawan lain untuk terus melangkah lebih jauh.
Majlis diteruskan dengan penyampaian pengiktirafan berprestij 5-Star Emerald kepada Tuan Haji Wan Mohd Wazir Bin Wan Abdul Wahab dan Puan Hajjah Nurshihaziah Binti Jusoh, yang menerima ganjaran bernilai RM86,000, merangkumi Bonus Kepimpinan dan Dana Kereta Mewah. Gelaran 5-Star Sapphire pula dianugerahkan kepada Puan Mazlifah Binti Omar, manakala Tuan Muhammad Azim Aliif Bin Mohd Zuki dan Puan Siti Nur Saodah Binti Shamsul menerima pengiktirafan 4-Star Sapphire. Setiap penerima individu atau pasangan dalam kategori Sapphire menerima Bonus Kepimpinan sebanyak RM21,000.
Pengiktirafan 4-Star Ruby dianugerahkan kepada tiga pasangan: Tuan Steven Blanda Anak Inting dan Puan Moureen Padan; Tuan Mohamad Hafiz Bin Shafie dan Puan Noor Hafizah Binti Hassan; serta Dr. Mu’az Bin Mahadzir dan Puan Nur Izleen Binti Rosli. Setiap pasangan menerima Bonus Kepimpinan sebanyak RM9,000. Para penerima dalam kategori 3-Star Jade, 4-Star Pearl dan 3-Star Pearl turut diraikan atas dedikasi serta sumbangan mereka kepada rangkaian perniagaan Public Gold.
“Setiap pencapaian yang kita raikan hari ini mencerminkan dedikasi, kegigihan dan semangat keusahawanan para Pemilik Perniagaan Public Gold (PGBO). Kejayaan mereka, disokong oleh komitmen warga kerja kami, telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pencapaian Public Gold selama ini. Seiring dengan peluasan operasi kami di peringkat antarabangsa, tumpuan kami kekal pada usaha mewujudkan lebih banyak peluang, memperkasa usahawan dan membina legasi berkekalan bersama-sama,” kata Dato’ Seri Louis Ng.
Melangkah ke hadapan, Public Gold terus memberikan tumpuan kepada peluasan kehadirannya di peringkat antarabangsa, pengukuhan kerjasama strategik serta pemacuan inovasi dalam industri logam berharga. Berpandukan visi jangka panjang untuk mencapai 10 juta pelanggan di seluruh dunia menjelang 2030, Public Gold kekal komited untuk terus memperkasa usahawan sambil membina rangkaian perniagaan global yang lebih kukuh dan mampan.

