PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa dokumen yang mengandungi perintah supaya bekas perdana menteri Najib Razak menjalani tahanan rumah berkemungkinan telah dinyahklasifikasi sebagai sebahagian daripada prosiding mahkamah. Menurut laporan Harian Metro, Anwar bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada dokumen tersebut benar-benar telah dinyahklasifikasi, sebaliknya menjelaskan pihak kerajaan akan memberikan perkembangan terkini mengenai statusnya tidak lama lagi. Terdahulu, dokumen yang memperincikan arahan tahanan rumah bagi Najib itu diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

